29
Nov
stored in: Rules and tagged:

Salam kepada semua pengunjung,

Dengan ini, apak Cikidong ingin membuat satu “Photo Contest” di blog ini. Tiada syarat yang ketat dikenakan.. Anda hanya perlu upload gambar yang ingin dipertandingkan dan anda juga yang perlu mempromosikan sendiri supaya mendapat undian tertinggi. Sebelum pergi ke “Contest Page“, sila baca ini dahulu…

Syarat-syarat pertandingan.

  1. Apak Cikidong akan menetapkan tema pertandingan dalam suatu tempoh (sebulan).
  2. Ambil perhatian tarikh mula dan akhir untuk upload gambar yang ingin dipertandingkan.
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan mempertandingkan satu gambar.
  4. Undian adalah dari pembaca/pengunjung. Jadi pandai-pandai la mempromosikannya.
  5. Dengan menyertai pertandingan ini, bermakna anda setuju untuk berkongsi gambar hak milik anda di blog ini dan pihak admin berhak untuk mengubah/edit mana yang patut.
  6. Sila letakkan watermark jika ada untuk keselamatan/hakcipta.
  7. Saiz gambar mestilah yang wajar…  hehehe

Hadiah pertandingan

  1. Buat peringkat permulaan ini, penerima undi paling banyak akan menerima wang tunai sebanyak RM50, dan tapak iklan di blog cikidong.com
  2. Blog badge akan disediakan oleh apak sendiri atau dari pemilik blog.
  3. Keputusan adalah muktamad dan pertandingan ini adalah untuk suka-suka sahaja. :)
  4. Walau bagaimanapun, bentuk hadiah akan berubah dari masa ke masa sekiranya apak mempunyai sumber/penajaan yang menarik!
  5. Selamat bertanding!
  6. Ingat! hanya untuk suka-suka.. :)

Hubungi :

Jika terdapat sebarang masalah/kemusykilan, emelkan kepada photos@cikidong.com.

Maknil dengan keknya...

CONGRATULATIONS! you got 70 votes. Hadiah RM50 sudah pun disampaikan…

Saingan sengit dari ibu shiela.. dan jugak salzahari… takpe… kala tak menang, cuba lagi next contest.. dan TERIMA KASIH kerana menyertai pertandingan ini! In the future, harap ada sponsor untuk share hadiah untuk setiap peserta..

20
Feb
stored in: Rules and tagged:

Barang sesiapa yang telah mengundi, adalah dimaklumkan bahawa akan ada satu auto-generated email dari photo@cikidong.com supaya anda mengesahkan undian yang dibuat. Sila periksa inbox atau pun mungkin telah termasuk ke junk/spam box.

Undi anda menentukan pemenang :D !