29
Nov
stored in: Rules and tagged:

Salam kepada semua pengunjung,

Dengan ini, apak Cikidong ingin membuat satu “Photo Contest” di blog ini. Tiada syarat yang ketat dikenakan.. Anda hanya perlu upload gambar yang ingin dipertandingkan dan anda juga yang perlu mempromosikan sendiri supaya mendapat undian tertinggi. Sebelum pergi ke “Contest Page“, sila baca ini dahulu…

Syarat-syarat pertandingan.

  1. Apak Cikidong akan menetapkan tema pertandingan dalam suatu tempoh (sebulan).
  2. Ambil perhatian tarikh mula dan akhir untuk upload gambar yang ingin dipertandingkan.
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan mempertandingkan satu gambar.
  4. Undian adalah dari pembaca/pengunjung. Jadi pandai-pandai la mempromosikannya.
  5. Dengan menyertai pertandingan ini, bermakna anda setuju untuk berkongsi gambar hak milik anda di blog ini dan pihak admin berhak untuk mengubah/edit mana yang patut.
  6. Sila letakkan watermark jika ada untuk keselamatan/hakcipta.
  7. Saiz gambar mestilah yang wajar…  hehehe

Hadiah pertandingan

  1. Buat peringkat permulaan ini, penerima undi paling banyak akan menerima wang tunai sebanyak RM50, dan tapak iklan di blog cikidong.com
  2. Blog badge akan disediakan oleh apak sendiri atau dari pemilik blog.
  3. Keputusan adalah muktamad dan pertandingan ini adalah untuk suka-suka sahaja. :)
  4. Walau bagaimanapun, bentuk hadiah akan berubah dari masa ke masa sekiranya apak mempunyai sumber/penajaan yang menarik!
  5. Selamat bertanding!
  6. Ingat! hanya untuk suka-suka.. :)

Hubungi :

Jika terdapat sebarang masalah/kemusykilan, emelkan kepada photos@cikidong.com.

One Response to “Selamat Datang”

  1. eliss Says:

    apak, kenapa bila eliss nak upload photos dia cakap eliss dh submit..mana pernah submit lagi..fenin laa :p

Leave a Reply